Pinjaman perumahan melalui pinjaman LPPSA adalah sedikit berbeza berbanding pinjaman bank. Kedua-duanya jenis pinjaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Disini kami senaraikan 13 perbezaan diantara pinjaman LPPSA dan pinjaman bank melalui jadual di bawah bagi membolehkan anda membuat pilihan yang lebih tepat.

Jadual perbezaan Pinjaman LPPSA dan Pinjaman Bank

PerbezaanPinjaman LPPSAPinjaman Bank
  1. Kelayakan
Untuk penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun.Terbuka kepada semua individu, termasuk penjawat awam. Kelayakan bergantung kepada pendapatan dan rekod CTOS / CCRIS.
  1. Kadar Faedah
Kadar faedah yang tetap 4% setahun. (flat rate).Kadar faedah yang berubah-ubah mengikut OPR, dalam lingkungan 3% ke 4.5%.
  1. Tempoh maksimum
Tempoh sehingga 35 tahun atau sehingga umur anda mencecah 90 tahun, yang mana lebih awal.Tempoh sehingga 35 tahun atau sehingga umur anda mencecah 70 tahun, yang mana lebih awal.
  1. Jumlah pinjaman
Jumlah pinjaman sehingga 100% harga hartanah termasuk kos guaman gadaian dan MRTT (takaful).Biasanya jumlah pinjaman 90% dari harga hartanah bagi rumah pertama dan kedua. Bagi rumah ketiga 70% dari harga hartanah.
  1. Bayaran Deposit
Tidak perlu bagi pembiayaan 100%. Perlu deposit jika kelayakan kurang dari nilai hartanah.Perlu deposit.
  1. Jenis hartanah
Rumah yang telah siap (sub-sale), rumah dalam pembinaan (under construction), tanah dan pengubahsuaian rumah (renovation).Semua jenis hartanah termasuk hartanah kategori komersil seperti rumah kedai.
  1. Bayaran balik
Potongan terus dari gaji bulanan. Tidak berisiko lewat bayar.Bayaran secara auto-debit, online banking atau melalui kaunter. Mempunyai risiko kelewatan bayaran.
  1. Semak kelayakan
Kelayakan boleh disemak melalui proses portal LMS LPPSA secara online.Kelayakan boleh disemak melalui pegawai-pegawai bank.
  1. Proses permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui sistem LMS dalam portal LPPSA secara online.Permohonan boleh dibuat melalui pegawai-pegawai bank.
  1. Penilaian hartanah
Hartanah yang ingin dibeli akan dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.Hartanah yang ingin dibeli akan dinilai oleh Jurunilai swasta.
  1. Kelulusan
Lebih mudah dan terjamin jika pemohon memenuhi syarat, tidak terikat dengan CTOS / CCRIS.Kelulusan bergantung kepada credit scoring, rekod hutang dan DSR (Debt Service Ratio) serta terikat dengan CTOS / CCRIS.
  1. Kos guaman
Kos guaman bahagian gadaian termasuk dalam jumlah pembiayaan.Kos guaman bahagian gadaian perlu dibayar sendiri oleh pemohon.
  1. Tempoh proses
Lebih lama dari pinjaman bank, biasanya dalam 1 ke 3 bulan, kerana perlu melalui semakan LPPSA.Lebih cepat berbanding pinjaman LPPSA, biasanya dalam 2 ke 6 minggu jika dokumen permohonan lengkap.

Anda pilih Pinjaman LPPSA atau Pinjaman Bank?

Jika anda pilih Pinjaman Perumahan LPPSA.

Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan LPPSA, anda boleh semak dahulu kelayakan anda dengan merujuk artikel Cara Semak Kelayakan LPPSA kami.

Anda layak? Anda dijemput untuk melantik kami, Suria Din & Associates bagi menguruskan permohonan dan dokumentasi gadaian LPPSA anda. Kami adalah firma guaman panel LPPSA yang berpengalaman dan bertauliah.

Hubungi peguam LPPSA kami melalui whatsapp dan akan kami sediakan sebutharga secara online yang berpatutan bagi urusan guaman gadaian LPPSA anda.

Permohonan LPPSA anda akan dibantu oleh perunding LPPSA kami dari awal permohonan sehingga lulus. Tiada cas tambahan dikenakan ke atas khidmat ini.

Jika anda pilih Pinjaman Perumahan Bank.

Suria Din & Associates juga menguruskan urusan gadaian dan dokumentasi pinjaman perumahan bank swasta. Antara urusan pinjaman perumahan bank yang pernah kami selesaikan adalah Bank Islam, Maybank, Agro Bank, RHB Bank, Public Bank dan lain-lain.

Anda dijemput untuk melantik kami sebagai peguam anda dalam urusan pinjaman perumahan bank. Kami akan lanjutkan permohonan anda kepada pegawai-pegawai bank yang boleh berikan khidmat yang baik kepada anda.