
Pengasas & Rakan Kongsi
Puan Suria Binti Din
LL.B (Hons) Universiti Malaya. Fokus litigasi, perbankan, hartanah dan dokumentasi pinjaman.
Kenali ibu pejabat →KENALI SURIA DIN & ASSOCIATES
Suria Din & Associates ialah firma guaman yang mempunyai cawangan di Selangor dan Kedah. Kami membantu urusan hartanah, pembiayaan, perancangan harta, pusaka dan litigasi.
Di sini anda boleh kenali sejarah firma, peguam dan cawangan kami. Bila bersedia, terangkan urusan anda. Kami akan jelaskan apa yang boleh dibantu, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos.
PENGASAS & PERJALANAN FIRMA
Firma ditubuhkan pada 2006 dengan ibu pejabat di Tanjung Karang. Cawangan baharu dibuka selepas itu hingga membentuk rangkaian kami hari ini.

Pengasas & Rakan Kongsi
LL.B (Hons) Universiti Malaya. Fokus litigasi, perbankan, hartanah dan dokumentasi pinjaman.
Kenali ibu pejabat →Penubuhan firma · Ibu pejabat
Pembukaan cawangan
Pembukaan cawangan
Pembukaan cawangan
Pembukaan cawangan
SEBELUM MELANTIK PEGUAM
Setiap urusan berbeza. Tiga langkah ini membantu perbincangan pertama dengan kami berjalan lebih lancar.
Nyatakan apa yang anda mahu capai, lokasi hartanah atau urusan, dokumen yang ada dan tarikh penting. Beritahu juga jika peguam lain sudah menguruskan fail ini. Ringkasan pendek sudah cukup. Untuk dokumen sulit, minta kami sahkan saluran perkongsian dokumen sulit dahulu.
Kami semak sama ada firma boleh mewakili anda dan tiada konflik kepentingan. Kami juga terangkan kerja yang termasuk, fi guaman serta perbelanjaan lain. Jika institusi kewangan menetapkan panel, kami semak keperluan panel itu juga.
Selepas anda melantik kami, kami beritahu dokumen yang diperlukan, cara kami berhubung dan apa yang perlu anda lakukan seterusnya. Jika ada kerja tambahan, kami bincang dahulu dengan anda.
Pertanyaan pertama belum dikira sebagai pelantikan dan tidak melanjutkan tarikh akhir. Kami tidak mewakili semua pihak dalam sesuatu urusan, hanya pihak yang melantik kami. Hasil dan tempoh bergantung pada keadaan setiap kes.
PASUKAN MENGIKUT CAWANGAN
Lihat Rakan Kongsi dan Legal Assistant di setiap cawangan. Legal Assistant ialah peguam dalam pasukan kami yang bukan Rakan Kongsi dan bukan kakitangan pentadbiran.
Selangor
Pengasas & Rakan Kongsi
LL.B (Hons) Universiti Malaya. Fokus litigasi, perbankan, hartanah dan dokumentasi pinjaman.
Selangor
Rakan Kongsi
LL.B (Hons) Universiti Malaya. Fokus litigasi, perbankan, probet dan perceraian.
Kedah
Rakan Kongsi
LL.B (Hons) UIAM, 2014. Fokus hartanah dan probet di Cawangan Sungai Petani.
Legal Assistant
LL.B (Hons) USIM, 2021. Peguambela dan Peguamcara sejak 2023 dengan pengalaman dalam conveyancing serta dokumentasi pinjaman Islamik dan konvensional.
Selangor
Rakan Kongsi
LL.B (Hons) UIAM. Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan UiTM. Fokus jenayah, litigasi sivil dan syarie. Peguam Syarie sejak 2023.
Legal Assistant
LL.B (Hons) IIUM. Legal Assistant di Cawangan Shah Alam.
Selangor
Rakan Kongsi
LL.B (Hons) UIAM. Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan UiTM. Fokus litigasi sivil, tort, tuntutan hutang dan pengambilan semula hartanah.
Senarai ini menunjukkan peguam mengikut cawangan. Kami akan maklumkan peguam yang menguruskan urusan anda semasa perbincangan awal.
MAKLUMAT PROFESIONAL
Ini senarai panel yang firma umumkan. Untuk pembiayaan anda, kami sahkan dahulu sama ada firma boleh bertindak bagi institusi dan produk berkenaan. Senarai ini tidak menjamin kelulusan pembiayaan.
Kelayakan dan fokus setiap peguam ada dalam profil pasukan. Jika perlu pengesahan panel, beritahu kami nama institusi kewangan dan jenis urusan semasa menghubungi kami.
BIDANG BANTUAN
Setiap halaman perkhidmatan menerangkan apa yang kami bantu, bila anda perlukan peguam dan cara untuk bermula.
Jual beli rumah, dokumen pinjaman, pindah milik, pelepasan gadaian dan perjanjian sewa.
Lihat bantuan berkaitan →Wasiat, hibah, tuntutan pusaka selepas kematian dan urusan ahli keluarga yang hilang.
Lihat bantuan berkaitan →Surat tuntutan, perintah mahkamah, perceraian sivil bukan Islam, kebankrapan dan kontrak.
Lihat bantuan berkaitan →Beritahu kami jenis urusan, lokasi dan tarikh penting. Kami akan terangkan cawangan yang sesuai, skop bantuan dan kos sebelum anda membuat keputusan. Anda tidak perlu hantar dokumen sulit pada mesej pertama.
Halaman ini maklumat umum tentang firma, bukan nasihat guaman untuk kes tertentu. Pertanyaan tidak menjamin pelantikan, hasil atau tempoh penyelesaian.