Masih ada penjawat awam yang masih belum tahu cara-cara untuk menyemak kelayakan LPPSA secara online. Mungkin kesuntukan masa atau kurang pengetahuan teknikal menjadi batu penghalang.
Kini tidak lagi! Kami akan tunjukkan langkah demi langkah bagi membolehkan anda menyemak sendiri kelayakan LPPSA anda. Bermula pada Oktober 2026, proses semak kelayakan LPPSA menjadi lebih ringkas dengan pengenalan kepada sistem Smart Kira LPPSA.
Perlukan bantuan memahami dokumen awal? Pasukan guaman LPPSA kami boleh menerangkan dokumen yang lazim diperlukan dan langkah semakan seterusnya.
Adakah penting untuk Semak Kelayakan LPPSA?
Semakan kelayakan LPPSA dapat memberikan anda anggaran kelayakan anda secara 'on-paper' supaya anda dapat membuat keputusan yang tepat ketika memohon pinjaman LPPSA kelak. Berikut adalah beberapa kepentingan bagi anda untuk menyemak kelayakan LPPSA :
1) Semak kelayakan sesuai dengan harga belian rumah.
Dengan menyemak kelayakan LPPSA, anda dapat pastikan kelayakan anda sesuai dengan harga belian rumah idaman anda. Secara tidak langsung, ia akan melancarkan proses permohonan LPPSA nanti.
2) Semak komitmen ansuran sesuai dengan perbelanjaan bulanan.
Semakan kelayakan LPPSA akan memberikan anda maklumat anggaran ansuran bulanan dan anggaran tempoh ansuran. Maklumat ini dapat digunakan oleh anda untuk membuat kira-kira komitmen bulanan anda sendiri.
3) Memastikan pemohon memenuhi syarat.
Sistem semakan kelayakan LPPSA akan menapis pemohon yang tidak memenuhi syarat lebih awal. Maklumat ini dapat menjimatkan masa dan mengelak dari permohonan LPPSA anda ditolak.
Persediaan untuk Semak Kelayakan LPPSA.
1) Mengakses sistem Smart Kira LPPSA.
Bermula Oktober 2026, kalkulator di dalam sistem LMS LPPSA dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Smart Kira LPPSA. Semua pemohon yang ingin membuat semakan kelayakan perlu menggunakan sistem Smart Kira sahaja.
Akses kepada sistem Smart Kira adalah terbuka dan tiada keperluan untuk log in.
2) Slip gaji terkini.
Cetak slip gaji terkini untuk mudah dirujuk ketika semakan. Maklumat yang akan digunakan di dalam slip gaji adalah Gaji Bulanan, Elaun Tetap Bulanan dan Potongan.
3) Maklumat peribadi.
Maklumat peribadi yang akan digunakan dalam proses semakan adalah tarikh lahir anda, Skim Persaraan (KWSP / Pencen) dan Umur persaraan.
4) Anggaran nilai pinjaman.
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari peguam berdaftar LPPSA yang anda lantik. Mereka akan berikan nilai pinjaman yang sesuai bagi tujuan pembelian rumah anda.
Nilai anggaran ini yang akan digunakan di dalam perjanjian jual beli nanti. Belum pilih peguam untuk LPPSA anda? Baca cara memilih peguam LPPSA.
5) Anggaran tempoh pinjaman.
Secara umumnya, tempoh maksimum bagi pembiayaan LPPSA adalah 35 tahun (420 bulan). Faktor umur anda akan memainkan peranan penting dalam penentuan tempoh maksimum pinjaman.
Anda boleh memilih tempoh pinjaman lebih pendek dari tempoh maksimum jika anda mampu.
Siapa yang layak untuk Semak Kelayakan LPPSA?
Semua penjawat awam berjawatan tetap yang ingin memohon pinjaman LPPSA bagi membeli rumah adalah disarankan untuk semak kelayakan.
Penjawat awam berstatus kontrak tidak layak untuk memohon pinjaman LPPSA.
Bagi pemohon pinjaman LPPSA kali kedua, anda perlu memastikan pinjaman LPPSA pertama anda diselesaikan terlebih dahulu. Mengikut pengalaman kami yang lepas, permohonan LPPSA anda tetap akan ditolak walaupun sistem semak kelayakan LPPSA menyatakan anda layak.
Kecuali bagi peminjam LPPSA kali pertama Jenis 4, iaitu pinjaman membeli tanah bagi tujuan membina rumah. Anda layak untuk menyemak pinjaman kali kedua bagi memohon pinjaman LPPSA Jenis 6, iaitu pinjaman bagi tujuan membina rumah ke atas tanah tersebut.
Langkah-Langkah Semak Kelayakan LPPSA.
1) Lawati Sistem Smart Kira LPPSA
Masukkan nombor Kad Pengenalan anda, Jantina dan tandakan kotak Pengesahan Identiti. Tekan butang seterusnya untuk ke halaman seterusnya.
2) Isi maklumat pendapatan.

Rujuk kepada slip gaji anda yang terkini untuk dapatkan maklumat. Masukkan maklumat Gaji Pokok, Elaun, Potongan Wajib dan Potongan Lain-Lain.
Gaji bersih akan dikira oleh sistem secara automatik.
3) Isi maklumat pekerjaan, maklumat pinjaman dan pilih takaful.

Maklumat pekerjaan hanya perlu pilih sama ada Pencen atau KWSP, dan isi umur persaraan anda.
Pilih jenis pinjaman LPPSA yang anda ingin mohon, jenis harta dan skim pinjaman (Islamik atau Konvensional) di maklumat pinjaman.
Klik butang kuning 'Panel Insurans' untuk memilih syarikat takaful atau insurans.
Tandakan pada kotak, jika anda ingin masukkan yuran guaman dalam jumlah pembiayaan anda.
4) Pilih syarikat takaful atau insurans.

Pilih syarikat takaful atau insurans yang anda selesa. Mengikut pengalaman kami, kebanyakan pelanggan kami memilih Pelan Asas Takaful Malaysia. Dah selesai pilih? Scroll page yang sama ke bawah untuk lihat Kelayakan Maksimum anda.
5) Paparan Jumlah Kelayakan, Tempoh dan Ansuran Maksimum.

Di sini anda dapat lihat Jumlah Kelayakan Maksimum, Tempoh Pinjaman Maksimum dan Ansuran Bulanan Maksimum yang dikira khas untuk anda.
Gunakan maklumat ini untuk memilih rumah atau tanah yang bersesuaian dengan jumlah kelayakan.
Dah ada harga jual? Teruskan isi Amaun Permohonan dan Tempoh Pinjaman yang anda mahu mohon. Tekan butang seterusnya untuk lihat anggaran ansuran bulanan.
6) Laporan semakan kelayakan LPPSA anda dikeluarkan.

Laporan kelayakan LPPSA anda akan dipaparkan. Di sini anda mendapat anggaran ansuran bulanan berdasarkan amaun permohonan yang anda masukkan di page sebelumnya.
Mahu ansuran lebih rendah? Tekan butang 'Kembali' untuk rendahkan amaun permohonan.
Anda puas hati dengan anggaran ansuran bulanan? Boleh tekan butang 'Mohon Sekarang' yang akan bawa anda ke page LMS LPPSA untuk teruskan permohonan.
Jika anda mahu, anda boleh cetak laporan ini untuk rujukan masa akan datang.
Cara Semak Kelayakan LPPSA Yang Lebih Mudah?
Peguam panel LPPSA kami boleh semak kelayakan bagi pihak anda.
Anda hanya perlu hantarkan kepada kami maklumat-maklumat ini ke Whatsapp Kami :
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Slip Gaji Terkini.
- Harga belian rumah atau tanah. (jika ada)
Pihak kami akan hantarkan kepada anda laporan dan keputusan kelayakan LPPSA anda melalui Whatsapp.
Untuk meneruskan dengan permohonan LPPSA, anda memerlukan Peguam Berdaftar LPPSA. Suria Din & Associates adalah salah satu firma panel LPPSA yang dipercayai oleh penjawat awam dalam urusan guaman LPPSA.
Untuk melantik kami, anda boleh hubungi kami melalui whatsapp atau panggilan telefon. Kami sedia untuk membantu anda.