Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani

Profil Suria Din & Associates

Profil Firma Guaman Suria Din Associates (PDF Format)

Pengenalan

Firma guaman Tetuan Suria Din & Associates telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 haribulan Jun 2006. Firma ini diasaskan oleh Puan Suria Binti Din dengan memulakan penubuhan pejabat utama kami di Tanjong Karang, Selangor pada 1 Jun 2006.

Selanjutnya pejabat cawangan kemudiannya dibuka pada 2hb Januari, 2009. Perjalanan kami tidak terhenti setakat itu sahaja. Selaras dengan permintaan perkhidmatan yang semakin meluas, seterusnya kami mengorak langkah membuka pejabat cawangan kedua di Sepang, Selangor pada 23 Oktober, 2017.

Kini, Langkah kami semakin melebar dengan pembukaan cawangan ketiga di utara Malaysia, iaitu di Bandar Sungai Petani dan telah memulakan operasi secara rasmi pada 1hb Januari, 2024.

Firma Tetuan Suria Din & Associates terdiri daripada enam (6) orang peguam dan dibantu oleh lima belas (15) orang kakitangan sokongan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Tujuan penubuhan firma Tetuan Suria Din & Associates adalah untuk menyediakan khidmat rundingcara dan guaman konveyancing dan sivil khususnya kepada penduduk-penduduk dan syarikat tempatan serta luar daerah.

Gabungan enam (6) orang peguam yang mempunyai latar belakang pengetahuan yang berbeza ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dalam bidang perundangan di bawah label.

Firma Tetuan Suria Din & Associates berazam untuk menjadi salah sebuah firma guaman yang terulung di Malaysia, dan percaya persaingan yang sihat adalah perlu bagi mendorong kesemua ahlinya untuk bekerja dengan lebih gigih, berintergriti dan berdedikasi dalam menangani pelbagai persoalan rumit bersabit dengan undang-undang setiap hari.

Selaras dengan hasrat tersebut juga, firma Tetuan Suria Din & Associates yang diterajui oleh golongan profesional yang berintergriti dan berdedikasi; mempunyai iltizam dan bermotivasi tinggi untuk maju ke hadapan.

Firma Tetuan Suria Din & Associates juga begitu komited terhadap usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan seterusnya menjadikan firma Tetuan Suria Din & Associates sebagai firma yang disegani, dihormati serta mendapat kepercayaan para pelanggan.

Kami di firma Tetuan Suria Din & Associates percaya persefahaman di antara kami ini adalah perkara teras yang membolehkan kami bekerjasama serta berganding bahu dan seterusnya bakal membuahkan impian kami untuk menjadi salah sebuah firma guaman bumiputera yang unggul di negara ini.

Logo Rasmi Suria Din & Associates
Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani
No.29, Tingkat 2, Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah, 08000
Sungai Petani, Kedah.
Tel Office : 04-7291087Whatsapp : 018-2127655Email : [email protected]
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram