Dengan menjadi seorang pembida di Sistem E-Lelong, anda tidak lagi perlu menghadirkan diri ke mahkamah semata-mata untuk membida rumah lelong. Kini anda mampu untuk membida dan membeli rumah lelong secara online.
Identiti anda sebagai pembida adalah rahsia dan tiada lagi campurtangan dari sindiket atau pihak ketiga yang akan menganggu proses membida rumah lelong idaman anda.
Sistem E-Lelong adalah sistem lelongan online bagi harta tak alih (rumah atau hartanah) di Semenanjung Malaysia secara real-time (mengikut masa sebenar).
Maklumat rumah atau hartanah di Semenanjung Malaysia yang bakal dilelong akan dipaparkan di Sistem E-Lelong ini.
Kelebihan menjadi seorang pembida di Sistem E-Lelong, anda mempunyai peluang yang besar bagi mendapatkan rumah atau hartanah lelong di bawah harga pasaran. Sebelum itu, anda perlu memastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah.
Berikut adalah syarat-syarat ringkas bagi anda yang ingin menjadi salah seorang pembida di Sistem E-Lelong.
Bagi pembida kategori individu, salinan kad pengenalan perlu dilampirkan semasa membuat pendaftaran sebagai pembida di Sistem E-Lelong.
Bagi pembida kategori syarikat, dokumen syarikat seperti Sijil Pendaftaran Syarikat dan Form 49 (Resolusi Pengarah) perlu dilampirkan ketika mendaftar sebagai pembida di Sistem E-Lelong.
Anda disarankan untuk mengakui sahkan (certified true copy) salinan dokumen-dokumen tersebut melalui peguam atau pihak yang berkaitan sebelum dilampirkan ke dalam borang pendaftaran.
Jika anda memenuhi syarat dan mempunyai dokumen yang diperlukan seperti diatas, anda boleh terus mendaftar sebagai pembida di halaman pendaftaran pembida Sistem E-Lelong ini.
Kami akan berikan beberapa tips yang perlu anda tahu sebelum membida rumah lelong yang anda idamkan di sistem E-Lelong. Tips-tips ini akan dapat membantu anda bagi mengelakkan sebarang masalah di dalam setiap proses lelongan.
Ini adalah tips terpenting di dalam senarai ini. Anda perlu mendapatkan maklumat had kelayakan pembiayaan anda dari beberapa bank untuk memastikan berapakah had pinjaman yang anda boleh buat.
Tidak pasti bank mana yang terbaik untuk pembiayaan rumah lelong? Anda boleh hubungi kami untuk cadangan bank terbaik yang pernah kami berurusan bagi kes rumah lelong.
Selepas sudah mendapatkan maklumat had pembiayaan yang anda layak, anda boleh ke tips seterusnya untuk mencari unit rumah lelong.
Anda boleh lihat listing rumah atau hartanah yang bakal dilelong di Sistem E-Lelong. Di sistem ini anda boleh menapis rumah lelong berdasarkan negeri, anggaran harga rizab dan lain-lain bergantung kepada kriteria rumah lelong yang anda inginkan.
Pastikan had kelayakan pembiayaan anda di tips pertama mampu menampung harga rizab rumah lelong pilihan anda.
Jika anda sudah jumpa rumah lelong yang anda berminat, anda boleh muat turun Perisytiharan Jualan (Proclamation of Sale) secara terus dari listing tersebut. Simpan dan cetak Perisytiharan Jualan tersebut untuk rujukan.
Gambar yang dipaparkan didalam listing Sistem E-Lelong bukanlah gambar terkini bagi rumah lelong tersebut. Jadi, kami cadangkan anda untuk membuat lawatan ke alamat yang dipaparkan didalam Perisytiharan Jualan untuk melihat sendiri kondisi rumah lelong tersebut.
Dengan cara ini, anda dapat menilai sendiri adakah berbaloi bagi anda untuk membida rumah tersebut. Disamping itu, anda juga dapat menjangkakan berapa kos yang diperlukan untuk membaikpulih rumah lelong tersebut jika perlu.
Sudah puas melawat dan berpuas hati dengan kondisi rumah lelong pilihan anda? Seterusnya anda disarankan untuk membuat Carian Rasmi Hakmilik bagi rumah lelong tersebut di Pejabat Tanah.
Dengan menggunakan Carian Rasmi Hakmilik anda dapat menyemak sebarang tanggungan, bebanan atau sekatan berkenaan rumah lelong tersebut secara lengkap dan tepat.
Secara umum, tiga sesi lelongan (9.00 pagi, 11.00 pagi dan 2.30 petang) akan berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Anda boleh lihat tarikh dan masa sesi lelongan secara spesifik bagi rumah lelong pilihan anda di dalam Perisytiharan Jualan. Buat reminder untuk tarikh dan masa sesi lelongan tersebut bagi mengelakkan anda terlupa dan terlepas sesi lelongan.
Kami cadangkan anda untuk log masuk ke dalam Sistem E-Lelong 30 minit lebih awal sebelum sesi lelongan berlangsung.
Kenaikan kadar bidaan adalah berlainan bagi setiap rumah lelong bergantung kepada nilai rizab rumah tersebut.
Anda disarankan untuk menghubungi Pusat Operasi E-Lelong Kuantan di 09-5707063 bagi mendapatkan maklumat ini.
Anda hanya perlu beritahu nilai rizab rumah lelong tersebut dan mereka akan memberitahu anda kenaikan kadar bidaan yang tepat.
Deposit secara bank draf sebanyak 10% daripada nilai rizab rumah lelong perlu diselesaikan selewat-lewatnya 1 hari sebelum sesi lelongan. Pembayaran melalui bank draf perlu dibuat ke atas nama plaintif (maklumat plaintif boleh dilihat dalam Perisytiharan Jualan).
Anda boleh ke bank yang berdekatan dengan anda untuk membuat bank draf tersebut. Sedikit fee akan dikenakan untuk perkhidmatan bank draf.
Selepas anda dapat bank draf tersebut, anda dikehendaki untuk tuliskan maklumat berikut di halaman belakang helaian bank draf:
Bagi pembida kategori syarikat, maklumat individu perlu ditukarkan kepada maklumat syarikat.
Bank draf yang lengkap boleh diserahkan terus secara serahan tangan kepada mana-mana Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia yang berdekatan atau melalui Pos Laju kepada Pusat Operasi E-Lelong Kuantan.
Jika anda memilih untuk menyerahkan bank draf secara Pos Laju, sila sertakan sekali sampul prabayar ke alamat anda sendiri untuk pemulangan deposit sekiranya anda tidak berjaya dalam sesi lelongan.
Sesi lelongan akan berlangsung selama 60 minit. Jika tiada bidaan dibuat didalam sesi lelongan selama 30 minit, sesi lelongan akan ditamatkan.
Jika terdapat bidaan, pembida terakhir akan diisytihar sebagai pemenang sekiranya tiada bidaan dari pembida lain dalam masa 2 minit 30 saat selepas bidaannya dibuat.
Ketepikan emosi dan perasaan tamak ketika membida, anda disarankan untuk membida mengikut bajet yang anda sudah rancang.
Sekiranya nilai bidaan sudah melebihi dari bajet anda, lepaskan rumah lelong tersebut kepada pembida tertinggi dengan hati yang terbuka.
Dengan cara ini, anda dapat elak dari membayar lebihan wang beza sekiranya had kelayakan pembiayaan dari bank tidak mampu menampung nilai bidaan tersebut.
Tahniah, anda berjaya mendapatkan rumah lelong idaman anda. Sebagai pembida yang berjaya, anda akan diberikan Memorandum Jualan yang mempunyai maklumat diri anda sebagai pembida yang berjaya dan ditandatangani oleh Pendaftar Pusat Operasi E-Lelong.
Bawa Memorandum Jualan tersebut bersama dokumen peribadi anda ke bank pilihan anda di tips pertama untuk membuat permohonan pembiayaan secepat mungkin.
Jangan berlengah! Anda hanya mempunyai tempoh 120 hari sahaja untuk menyelesaikan baki wang beza sepenuhnya bagi rumah lelong tersebut. Sekiranya gagal, wang deposit anda tidak akan dipulangkan.
Seiring dengan permohonan pembiayaan, anda perlu melantik peguam yang berpengalaman dalam urusan pindah milik rumah lelong untuk mewakili anda secepat mungkin.
Anda disarankan untuk memilih peguam yang responsif dan sentiasa berhubung dengan anda agar proses urusan pindah milik menjadi lancar. Baca lebih lanjut Fungsi Peguam Hartanah Dalam Urusan Pembelian Hartanah Anda
Anda dijemput untuk melantik firma guaman kami, Suria Din & Associates sebagai wakil anda dalam urusan pindah milik rumah lelong.
Peguam kami akan membantu anda dalam setiap proses sehingga urusan pindah milik rumah lelong anda selesai.
Peguam kami berpengalaman dalam menguruskan urusan pindah milik rumah lelong sama ada melalui pembiayaan bank ataupun tunai.
Anda boleh dapatkan sebut harga secara percuma bagi urusan pindah milik rumah lelong anda dari peguam kami, Puan Nur Syakirah di talian +60182127655 atau melalui aplikasi whatsapp .